Ruben Amorim kini sasarkan kejuaraan UEL atau Europa League dan mara ke UCL musim hadapan.
Beliau berkata demikian setelah kekalahan terbaru Man United, dibelasah 4-1 oleh Newcastle United.
Kekalahan tersebut membuatkan United kini mencatatkan rekod terburuk dalam kutipan mata di EPL pada era moden.
Ini kerana mereka tidak akan mencapai angka 58 mata pada musim ini.
Amorim akui pasukannya banyak melakukan kesilapan dan lawan sangat kuat untuk mereka.
Amorim berkata: “Kami melakukan terlalu banyak kesilapan. Dan mereka lebih baik daripada kami, dan lebih kuat daripada kami.

“Menderita gol kedua pada awal separuh masa kedua membuatkan kami benar benar sakit, dan kemudian kami membuat banyak kesilapan yang membantu Newcastle menang perlawanan.”
Amorim enggan mengkritik penjaga golnya Altay Bayindir secara peribadi. Kerana menurutnya setiap kesilapan itu adalah berpasukan.
Sasar kejuaraan UEL
Kini Amorim sudah mengalihkan perhatian kepada aksi kedua menentang Lyon. Sasaran utama mereka sekarang adalah untuk menjuarai UEL dan sekaligus mara ke UCL musim hadapan.
Amorim sasar kejuaraan UEL yang kini menjadi satu satunya trofi tersisa untuk mereka dan menawarkan tempat dalam UCL.
“Kami harus mulakan pemulihan esok untuk aksi sebelah Khamis. Kami tak ada kuasa nak ubah perlawanan ini, prestasi hari ini, atau EPL musim ini. Kami hanya mampu memikirkan masa depan.
“Kami masih ada pertandingan yang kami berpeluang untuk menang trofi [UEL] dan layak ke UCL musim hadapan.”

Sebagai konteks, juara UEL akan layak ke UCL musim hadapan walaupun tidak berada dalam kedudukan slot UCL dalam liga.
Pada aksi pertama menentang Lyon, Man United terikat 2-2 selepas Onana melakukan dua kesilapan. Membuatkan Onana disisihkan daripada aksi menentang Newcastle.
Amorim memberikan rehat seketika buat Onana. Dan pemain itu dijangka akan terus kembali semula ke dalam skuad utama untuk aksi di Old Trafford.