Bruno Fernandes menyalahkan pengadil Chris Kavanagh sebagai punca penaltinya tidak masuk dan kemudian langsung tidak meminta maaf kepadanya.

Menurut Bruno Fernandes, berlaku insiden antara dia dan pengadil ketika dia sedang mempersiapkan diri untuk melakukan sepakan penalti – yang kemudian dirembat tinggi.

United diikat pasukan Marco Silva selepas Emile Smith Rowe menyamakan kedudukan jaringan pembukaan Leny Yoro.

Namun sebelum itu, Fernandes terlepas peluang untuk meletakkan United di depan apabila penalti separuh masa pertamanya melambung tinggi melepasi palang.

Selepas meletakkan bola di titik penalti, Fernandes menyatakan pengadil telah mengganggu persiapannya.

Di mana dia telah bertembung dengan pengadil Kavanagh yang berjalan di hadapannya ketika beliau mahu memulakan larian, menyebabkan pemain Portugal itu terpaksa membetulkan semula bola dan memulakan rutin dari awal.

Walaupun Fernandes tidak menyalahkan Kavanagh sepenuhnya atas kegagalan tersebut, beliau menegaskan bahawa sekurang-kurangnya beliau menjangkakan permohonan maaf daripada pengadil – sesuatu yang tidak diterimanya.

“Saya kecewa,” kata Fernandes.

“Sebagai pengambil penalti, anda ada rutin dan cara tertentu yang anda lakukan.

“Ia mengecewakan saya kerana pengadil tidak meminta maaf. Itu yang membuat saya terganggu ketika itu, tetapi itu bukan alasan saya terlepas penalti.

“Saya memang melakukan sepakan yang sangat buruk. Saya meletakkan kaki terlalu bawah pada bola, sebab itulah ia melambung tinggi melepasi palang.”

United masih belum mencatat kemenangan pertama musim ini selepas tewas di laman sendiri kepada Arsenal minggu lalu sebelum seri di Fulham.

Fernandes juga tidak menyembunyikan kekecewaannya terhadap kegagalan pasukannya meraih tiga mata di Craven Cottage.

“Kami tidak boleh berpuas hati dengan satu mata,” katanya.

“Kami datang ke sini untuk menang. Kami bertahan dengan baik, tetapi mereka berjaya menjaringkan gol.

“Bagi kami, ia sangat mengecewakan kerana gagal menang hari ini.”