Tular sebuah video di mana seorang lelaki berbaju melayu telah bertindak kurang ajar apabila memijak dan berjalan di atas hiasan perayaan Deepavali atau kolam di Hospital KPJ Healthcare, di sini baru-baru ini.
Video yang berdurasi beberapa saat itu mulanya tular di TikTok, sebelum ia dimuat naik di Twitter. Tindakan lelaki itu dikecam oleh warganet dari pelbagai latar.
Baca Juga:
- Lihat ‘Ap-Paavi’ Filem Pendek Lucu Sempena Deepavali
- Bagaimana Perbalahan Antara Muslim Dan Hindu Boleh Tercetus Di India Ketika Ini?
Siapa kenal dia, cakap ke dia, buat malu orang melayu
Orang melayu ni, asalnya, dikenali sebagai bangsa yang penuh adab, tinggi aras fikir, agamanya kuat
So kalau betul melayu dan berakal, dia tak tunjukkan dia sebahagian orang melayu
Haiwan lebih sesuai
— Abam Hura (@Iqbalhuszaidey) October 30, 2022
Kolam isnt just an art. It’s where we believe Goddess of Wealth ‘stands’ when She comes home. It’s a symbol of welcoming the Goddess, blessing us with sustenance. Babi ni mmg lahanat eh. Benda punya cantik kau nak vandalise. Bodoh tahap babi, babi tak sebodoh kau
— Rishi. S (@webarebears001) October 30, 2022
kenapa time nak jadi bodoh je mesti nak bagitau yg dia melayu.
aku heran la. sikit la punya banyak melayu cuba jadi pandai dalam semua bidang.
nak jadi bodoh boleh. jangan jadi melayu. pakai je kostum babi. org taktau kau keturunan apa.
— . (@isky6147) October 30, 2022
Tindakan lelaki itu memijak kolam deepavali turut mendapat reaksi balas dari KPJ yang mengakui bahawa lelaki yang tidak menghormati adat budaya agama lain tersebut adalah pekerja mereka.
Tambahnya lagi, satu siasatan bakal dijalankan dan KPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana kelakuan yang boleh mengganggu gugat keharmonian kaum di Malaysia.
KPJ Klang dah respon. Siasatan dalaman dan tindakan akan diambil ke atas staf tersebut. Tak pasal pasal, kalau tak upload ke tiktok orang pun tak tahu kebodohan kamu. pic.twitter.com/na5aAsMEeQ
— Ikhwan (@JatIkhwan) October 30, 2022
Manakala Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu berkata, lelaki terbabit yang dipercayai kakitangan hospital berkenaan akan dipanggil pada Isnin, lapor Sinar Harian.
Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja memudaratkan, atau cuba memudaratkan keadaan harmoni atau perpaduan.
Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya menjaga tingkah laku dan menghindari tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian negara