Mencuba makanan baru yang tidak pernah dirasai sebelum ini adalah merupakan trend biasa dalam kalangan pengguna YouTube yang cuba untuk membuat food review.
Trend ini bukan saja terkenal di luar negara tetapi ia juga dilakukan pengguna YouTube di negara kita.
Bagaimanapun, tindakan sekumpulan pemuda yang mencuba makanan tradisi Sabah, latok menerima kecaman daripada netizen yang meminta mereka menghormati makanan orang lain.
AMBOI SEDAP BEBENOR YER MENGHINA MAKANAN TRADISI SABAH . SINI AKU SUMBAT MULUT KAMU SATU2 GUNA LATOK TU . TAK TAU MAKAN , DIAM . TAKPAYAH MAU “UWEK2”, “MAKANAN PLANET LAIN LAH” , learn how to respect other people food , buduuuu . geram pula aku tau ! pic.twitter.com/iGjQ4VAHgX
— nickyalias (@kiey_alias) March 15, 2020
Latok adalah sejenis rumpai laut yang berwarna hijau dan bentuknya menyerupai buah anggur. Makanan tradisi masyarakat Bajau ini boleh dijumpai atau didapati di negeri Sabah.
“Saya selalu menonton vlog dia di YouTube, tetapi yang ini sudah melampau.
“Sebagai orang Sabah saya berasa sangat terhina,” luahnya di Twitter sambil berkongsikan pautan kepada video penuh review tersebut.
Netizen yang meninggalkan komen di kiriman tersebut juga berharap mereka yang membuat food review ini untuk lebih menghormati makanan orang lain dan tidak sesekali menghina makanan tersebut.
https://twitter.com/Zaidharithahz/status/1239571516322230274?s=20
Malah, ada juga yang berpendapat sekiranya tidak menyukai makanan tersebut, mereka juga boleh menggunakan ayat atau perkataan yang lebih sesuai daripada memberikan reaksi yang menjengkelkan.
Berikut adalah beberapa ayat contoh yang mungkin boleh digunakan mereka yang membuat food review selepas ini seperti dikongsikan pengguna Twitter ini di kiriman tersebut.
I agree. If it doesn't suit your palate, you can always say it nicely. Learn to express without being rude.
"It's an acquired taste"
"I don't fancy it that much"
"Rasa dia lain dari yg lain. Tak biasa lah"
"Rasa dia tak kena dengan selera aku"Banyak je cara lain blh guna
— Kitty Whisperer 🇲🇾 (@amrashrv_) March 16, 2020
Sehingga artikel ini ditulis, ciapan gadis itu yang meminta food reviewer ini menghormati makanan tradisi Sabah sudah pun mendapat lebih enam ribu ulang kicau dan tujuh ribu sukaan.
Apa pula pandangan anda mengenai perkara ini. Patutkah individu-individu ini menggunakan perkataan yang sopan ketika membuat ulasan atau bersikap jujur sahaja dengan pengalaman yang diperolehi mereka ketika menikmati makanan yang sedang di review.
Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai YouTuber di Malaysia yang berjaya mencuri tumpuan ramai sepanjang tahun ini di pautan di bawah.
Lihat YouTuber Ini ‘Kantoikan’ Bakal Tunang Rakan Mereka Menerusi ‘Gold Digger Test’
‘YouTuber’ Ditegur Pihak Berkuasa Selepas Cuba Agihkan RM10,000 Di Hadapan Istana Negara