Peningkatan jumlah warga asing meminta sedekah di Malaysia semakin meruncingkan. Manakan tidaknya, orang tempatan terlalu mudah kesian dengan orang yang tampak ‘kesusahan’.
Walaupun begitu, ada dikalangan mereka yang dalam linkungan usia belasan tahun sudah berani bertindak kasar terhadap warga tempatan yang tidak mahu beri wang kepadanya.
Baca Juga:
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
- Produk Laku Keras, Ini 5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kejayaan Khairul Aming
- Netizen Geleng Kepala Lihat Pemuda Bergaji RM1,100 Nak Pakai Proton X70
Baru-baru ini, tular sebuah video memperlihatkan seorang budak dari Rohingya meminta wang dengan cara kasar daripada orang lain.
Menerusi video berdurasi 11 saat tersebut, dapat dilihat budak Rohingya yang didakwa minta wang itu telah membuat beberapa cubaan menampar dan menumbuk kepada dua individu tempatan di sebuah kedai.
Tidak mahu perkara itu berterusan, salah orang individu di tempat kejadian telah menghalau dengan menyembur air ke arahnya.
Budak rohingnya mintak duit cara kasar.
Kredit: TikTok umyrackerman pic.twitter.com/IZIZVyDEqQ
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) April 24, 2024
Video yang tular di platform X itu ternyata meraih perhatian netizen yang mana majoritinya meluahkan rasa geram dengan sikap biadap budak Rohingya terbabit. Ada sebahagian netizen merasakan sikap biadap mereka seperti sudah menjadi satu perkara ikutan di dalam komunitinya.
Susulan itu, ada yang menyarankan agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kanak-kanak Rohingya yang berkeliaran meminta sedekah di luar sana.