Dengan krisis yang sedang berlaku di Pelestin, ramai mula beralih ke produk lain sebagai tanda solidariti dengan penduduk Gaza. Bukan sahaja di Malaysia, rangkaian F&B ternama antarabangsa yang sebelum ini tidak cukup tangan jadi lengang tanpa pengunjung setia.
Antara yang meraih peminat baharu dan menjadi sebutan ramai adalah jenama rangkaian kopi tempatan, Zus Coffee. Malah peminat setia jenama itu berkata mereka sudah lama tidak membeli di rangkaian lain kerana merasakan kopi di Zus jauh lebih sedap berbanding jenama kopi antarabangsa yang lain.
Baca Juga:
- ZUS Coffee Kembangkan Perniagaan Ke Luar Negara, Bakal Buka 6 Cawangan Di Filipina
- Kreatif Dan Memartabatkan Malaysia, Video Iklan Terbaharu ZUS Coffee Buat Netizen Kagum
- Dari Sebuah Jenama Kopi Maya, Bask Bear Coffee Kini Berjaya Buka Cawangan Fizikal Ke-100
Seperti biasa, ada yang mempertikaikan penggunaan logo Zus Coffee dan mendakwa logo tersebut adalah imej Zeus, dewa dalam Mitologi Yunani.
Agak menarik ya tentang figure dalam logo Zus Coffee ni. Selama ni ingat Zus amik dari Zeus, iaitu salah satu dewa greek rupanya adalah Kaldi, salah seorang pengembala kambing gunung Ethiopia yg menemukan biji kopi.
Rupanya Zus sendiri ada cakap benda ni kat web diorang.
Dan… pic.twitter.com/EpjFQmjKz7
— Fadzli Nasir (@wolfipali) October 28, 2023
Tidak mahu perkara itu dipanjangkan, pengguna X, Fadzli Nasir hadir membuat penerangan tentang logo Zus Coffee. Jelasnya, logo tersebut tidak pun melambangkan dewa Zeus tetapi ia sebenarnya homage buat legenda Kaldi.
Siapa Kaldi?
Kaldi atau Khalid merupakan seorang pengembala kambing Arab dari Habsyah (Ethiopia) di mana menurut legenda, merupakan lelaki pertama yang menemui keistimewaan biji kopi.
Menurut sejarah, Kaldi membuat penemuan itu apabila melihat kambing peliharaannya makan buah beri berwarna merah dan menjadi sangat bertenaga dan aktif, membuatnya rasa mahu mencubanya sendiri.
Selepas membuat penemuan itu, beliau telah membawa buah beri tersebut ke tempat ibadah di sebuah kampung. Selepas bercerita tentang penemuannya, ketua sami di tempat tersebut berkata beri tersebut adalah ‘buah jahat’ dan mencampaknya ke unggun api berdekatannya. Apa yang mereka tidak jangka adalah aroma yang dihasilkan apabila biji kopi tersebut dipanggang tanpa tidak sengaja.
Mereka kemudiannya cuba menghasilkan minuman dengan buah tersebut dan mendapati minuman tersebut membuatkan mereka kekal segar dan dapat beribadat dalam tempoh yang lama.
Mereka mula berkongsi tentang penemuan itu dengan pusat ibadah yang lain dan kenikmatan minuman itu kemudiannya tersebar ke seluruh dunia.
Tukar kemewahan kepada keperluan
Menerusi satu temu bual dengan COO Zus Coffee, Venon Tian berkata jenama itu merasakan ia satu keperluan untuk jenama itu untuk turn luxury into a necessity (tukar kemewahan kepada keperluan).
Venon berkata mereka percaya kopi yang berkualiti dapat merangsang minda untuk jadi lebih kreatif. Namun, harga segelas kopi berkualiti sangat mahal dan Zus Coffee mahu semua mendapat akses kepada kopi berkualiti pada harga mampu milik.
Zus Coffee juga secara rasminya telah mendapat pengiktirafan Halal secara sah daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).