Pada minggu lalu, McDonald’s telah membuat tuntutan saman kepada Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) Malaysia untuk membayar ganti rugi sebanyak RM6 juta.

Pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail, berkata pergerakan BDS tidak secara langsung berkempen menentang syarikat makanan segera itu, sebaliknya hanya menyokong boikot yang dimulakan oleh rakyat Malaysia sendiri, petik Berita Harian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Jika anda lihat laman web BDS Malaysia, kami tidak berkempen untuk boikot ini. Rakyat Malaysia yang memboikotnya,” katanya.

Beliau berkata, gerakan memboikot rantaian makanan segera itu semakin kukuh selepas McDonald’s didakwa menaja makanan tentera Israel, baru-baru ini.

McDonald’s Tuntut Gerakan Boikot Produk Berkait Israel Bayar Ganti Rugi RM6 Juta

Mohd Nazari berkata, BDS akan mengkaji untuk mengadakan kempen mengumpul dana untuk menanggung kos perundangan yang berkaitan dengan saman itu.

“Kami akan membincangkan perkara ini dengan peguam kami terlebih dahulu,” katanya.

Pada masa sama, Nazari berkata pasukan peguam BDS yakin McDonald’s Malaysia tidak mempunyai asas untuk saman fitnah RM6 jutanya. Katanya, dia hairan mengapa rangkaian restoran menyaman mereka.

Terdahulu, Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd, pemegang lesen McDonald’s di Malaysia, telah menuntut kumpulan pro-Palestin Boikot, Penjualan, Sekatan (BDS) Malaysia untuk mengeluarkan permohonan maaf atas dakwaan kenyataan berunsur fitnah.

Pemilik francais McDonald’s di Malaysia itu turut dilaporkan menuntut sebanyak RM6 juta yang terdiri daripada jumlah kerugian hasil (RM3 juta), pampasan untuk pekerja yang diberhentikan (RM1.5 juta) dan bahan tamat tempoh (RM1.5 juta).

Tuntutan itu dibuat atas kerugian yang dialami oleh rangkaian makanan segera itu.