Sebelum ini tular berita mengenai Jemaah Menteri bakal menggunakan kereta elektrik (EV)  bermula tahun hadapan seperti yang dilaporkan sebuah portal tempatan.

Dalam kemas kini terbaharu Instagram milik Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man tampil memberikan penjelasan terhadap ‘kenyataan rasminya’ yang telah disalah anggap sehingga menjadi kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Saya telah ditanya oleh wartawan mengenai penggunaan kereta elektrik. Saya telah jelaskan bahawa penggunaan kereta elektrik akan dibuat dalam perolehan kerajaan secara berperingkat bagi mendepani cabaran perubahan iklim.

“Ia selaras dengan kenyataan YAB PM selepas mesyuarat MyCAC pada 21 Jun 2022 lalu yang menyatakan cadangan akan menggunakan kenderaan elektrik dalam penganjuran acara besar kerajaan.

Saya tidak menyatakan semua Jemaah Menteri akan menggunakan kereta elektrik pada tahun hadapan,” petik kenyataan di Instagram Tuan Ibrahim.

Sumber Gambar: Instagram @titm_official

Dalam imej grafik yang dimuat naik dalam hantaran Instagram itu juga ada memberitahu kebaikkan penggunaan kenderaan elektrik dalam penganjuran acara besar kerajaan yang berpotensi menarik pelaburan asing, mewujudkan peluang pekerjaan hijau dan menjimatkan subsidi bahan api oleh kerajaan.

Anda boleh tonton video di bawah untuk melihat penjelasan lanjut mengenai penggunaan kereta EV untuk perolehan kerajaan bagi mengurangkan impak terhadap cabaran perubahan iklim yang berlaku di seluruh dunia ketika ini.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Dalam pada itu, satu projek rintis akan dimulakan di Pulau Langkawi untuk menggalakkan penggunaan motor elektrik. Perkongsian itu dibuat dalam masa sama semasa temu bual mengenai penggunaan kenderaan EV berlangsung. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Kerajaan Putuskan Jemaah Menteri Bakal Guna Kereta Elektrik Mulai 2023

TNB Labur RM90 Juta Untuk Bangunkan Ekosistem Kemudahan Pengecas Kenderaan Elektrik Di Seluruh Malaysia