Pasaran Bursa Malaysia dijangka bakal mengalami kenaikan yang berpanjangan berikutan pembangunan luaran yang bertambah baik, jangkaan pemulihan dalam ekonomi China, ditambah pula dengan saham murah dan penilaian Ringgit, kata pengarah urusan Capital Dynamics Asset Management Sdn Bhd, Tan Teng Boo.

Lebih menarik, beliau menjangkakan pasaran Bursa Malaysia meningkat sekurang-kurangnya sekali ganda daripada nilai kini serta mampu mencecah 2,500 ke 3,000 mata dalam tempoh tiga hingga 5 tahun lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Tan Teng Boo. Sumber: The Star

Menurut Tan, meskipun pasaran China dilihat tidak sekata, ekonomi China kekal teguh pada 2023 dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang berkembang dengan ketara berbanding kebanyakan negara maju utama.

Kemajuan negara China difahamkan bakal turut memberi kelebihan buat beberapa ekonomi negara lain memandangkan China merupakan rakan dagangan penting buat 120 negara seluruh dunia.

Selain itu, kemasukan pelancong dari China difahamkan masih belum mencapai tahap sebelum pandemik. Kestabilan ekonomi di China bakal turut meningkatkan industri pelancongan dalam negara.

Mengulas mengenai industri yang bakal meningkat naik dalam pasaran, Tan berpendapat industri elektrik dan elektronik, pelancongan serta sektor ekspot antara yang dijangkakan bakal mendapat perhatian pelabur.

Sementara itu, penurunan kadar faedah di Amerika Syarikat secara tidak langsung bakal menguatkan kadar Ringgit. Sebelum ini, terdapat laporan yang menjangkakan 1 USD dijangka bakal didagangkan sekitar RM4.20 hingga RM4.40 menjelang akhir tahun ini.

Sumber