Bursa Malaysia yang sememangnya sinonim dengan dagangan saham baru-baru ini telah memperkenalkan aplikasi khas yang dinamakan Bursa Gold Dinar.

Aplikasi terbaru ini membolehkan para pengguna membuat jual beli emas secara patuh syariah. Menariknya, para pelabur berpeluang membuat belian emas dengan modal serendah RM10. Aplikasi ini bakal beroperasi tujuh hari seminggu serta boleh digunakan sehingga 11.50 malam setiap hari.

HYPE
Sempena MAHA 2024, Anda Berpeluang Menang Motosikal Setiap Hari Dengan Kempen AgroMAHA
Baca lagi →

Selain itu, para pengguna berpeluang melakukan transaksi menghantar pembelian emas kepada ahli keluarga atau menebusnya kepada bentuk fizikal dalam saiz 4.25 gram.

Aplikasi ini tersedia buat pengguna iOS dan Android. Para pengguna yang berminat boleh memuat turun aplikasi ini untuk memulakan pelaburan melibatkan emas.