Sebuah berita yang membanggakan dan menggembirakan ramai apabila Bursa Malaysia dilaporkan meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh lebih dari lapan bulan pada Rabu lalu.

Difahamkan para pelabur menjangkakan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat tidak lagi akan meneruskan kitaran kenaikan kadar faedahnya selepas data Oktober menunjukkan inflasi negara itu telah menyusut.

Pada 16 November jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat 1.04 peratus atau 15.12 mata untuk ditutup pada paras tertinggi intra harinya pada 1,466.84

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.94 bilion unit bernilai RM2.21 bilion daripada 3.08 billon unit bernilai RM1.77 bilion pada Selasa.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade, Thong Pak Leng. Sumber: Smart Investor Malaysia

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade, Thong Pak Leng, memberitahu Bernama, FBM KLCI berjaya melepasi paras rintangan pada 1,465, disokong oleh belian kukuh daripada dana asing dan pelabur runcit dengan pasaran mendapat rangsangan seterusnya daripada pengumuman data runcit dan perindustrian China yang lebih baik daripada jangkaan.

Selain itu, pertemuan antara Presiden AS, Joe Biden dan presiden China, Xi Jinping berpotensi untuk mengukuhkan kembali hubungan rapuh antara kedua-dua negara seterusnya mengurangkan risiko berkaitan dengan ketegangan geopolitik, kata Pak Leng.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, MR D.I.Y, AmBank, Genting dan MISC meningkat 10 sen masing-masing kepada RM1.62, RM3.93, RM4.38 dan RM7.32.

Sumber