Berita yang menggembirakan buat ekonomi Malaysia pada minggu ini apabila Bursa Malaysia mencatatkan paras harga tertinggi dalam tempoh 17 bulan pada hari ini.

Sebagai rekod, Bursa Malaysia ditutup kepada 1,506,28 mata manakala beberapa jam sebelum kaunter bursa ditutup FBM KLCI berjaya mencecah 1,509.39 mata.

Baca Juga:

Dilaporkan sebanyak 580 kaunter mengalami kenaikan, 477 kaunter menurun dan 445 kaunter tidak mengalami perubahan harga.

Saham syarikat YTL Corp muncul sebagai syarikat dengan kenaikan terbanyak sebanyak 8 sen menjadikan saham ini bernilai RM2.45 seunit.

Saham syarikat PETRONAS Gas meningkat 8 sen kepada RM17.72, Genting meningkat 7 sen kepada RM4.77 dan CIMB turut meningkat kepada RM6.18 seunit.

Menjengah ke pasaran serantau Asia, pasaran bursa Jepun menurun sebanyak 1.34%, Hong Kong menurun sebanyak 1.6% dan Korea Selatan pula menurun sebanyak 0.33%.

Sumber