Pembuat kereta EV China terkemuka, BYD telah mengeluarkan video yang mempamerkan keupayaan kereta elektrik mereka.

Video berdurasi itu menunjukkan model YangWang U9 mengelak beberapa siri halangan di atas jalan raya dengan tidak mengelak ke tepi, sebaliknya melompat melepasi halangan tersebut.

Baca Juga:

Halangan itu termasuk lopak jalan berlubang, taburan spike tayar, dan corak garisan pasir berwarna.

Lopak jalan itu sepanjang 2.5 meter panjang dan 6 meter lebar. Spike tayar pula setinggi 3.5 cm. Manakala garisan pasir berwarna itu pula mempunyai panjang dan lebar 4 meter.

Ketiga-tiga halangan itu berjarak 180 meter, dan YangWang U9 mempunyai larian 200 meter sehingga ke halangan pertama.

Kereta yang tiada pemandu semasa ujian itu dilakukan tidak mempunyai sebarang masalah untuk melepasi ketiga-tiga halangan tersebut.

Kebolehan kereta EV itu dibantu dengan sistem suspensi ‘DiSus X’, yang membolehkannya melakukan lompatan. Sistem ini secara aktif mengawal setiap roda, membolehkan kenderaan terangkat dari tanah.

Nampaknya kereta ini tiada masalah dan sangat membantu para pemandu berjalan di atas jalan raya Malaysia.