Negara yang mempunyai populasi tidak sampai 1 juta penduduk, Cape Verde semakin hampir untuk layak ke temasya Piala Dunia.
Cape berjaya mencipta kejutan apabila menewaskan salah satu pasukan pilihan, Cameroon dalam aksi kumpulan D saingan kelayakan Piala Dunia 2026 zon Afrika baru-baru ini.
Baca Juga:
- Richard Chin Kongsi Detik Peluk Islam, ‘Alhamdulillah Saya Gembira’

- Perlawanan Persahabatan: Harimau Malaya Mengaum Lagi, Tundukkan Palestin 1-0

- Harry Kane Jawab Sindiran Owen Tentang Keputusannya Ke Bayern Munich

Dailon Livramento menewaskan Andre Onana menyebabkan Cameroon gagal mendapat tiga mata dan membiarkan Cape mencatat kemenangan sekaligus memimpin kumpulan D dengan empat mata di hadapan mereka.

Cape Verde Selangkah Lagi Ke Piala Dunia
Cape akan menghadapi dua perlawanan terakhir peringkat kelayakan menentang Libya dan Eswatini dimana satu kemenangan akan mengesahkan kemaraan mereka ke pentas terbesar dalam bola sepak itu.
Sekiranya berjaya, Cape Verde akan menjadi negara kedua terkecil yang layak ke Piala Dunia.

Skuad Harimau Malaya pernah turun menentang Cape dalam satu aksi persahabatan di Stadium KLFA, Cheras sebelum ini dimana kedua-dua pasukan terikat seri 1-1.