Nampaknya Facebook sekali lagi telah memperkenalkan fungsi terbaru di laman sosialnya. Melalui kemaskini terbaru, para pengguna berpeluang memuat naik 3D photo yang sangat cool di laman sosial.

Melalui fungsi terbaru ini, anda dapat melihat gambar yang paparan objek yang dari sudut yang berbeza. Buat anda yang berminat untuk mencuba fungsi terbaru ini, apa yang perlu anda lakukan adalah memilih tatapan 3D Photo yang tersedia di Facebook.

Seterusnya, pilih gambar yang diambil melalui mood potrait. Facebook akan mengintegerasikan gambar yang dipilih kepada mood 3D sebelum anda dapatkan kongsikan kepada umum.

Setakat ini fungsi ini cuma ditawarkan buat pengguna Facebook yang menggunakan sistem operasi iOS. Buat pengguna Android, anda mungkin perlu menanti lebih lama sebelum Facebook menawarkannya.