Carlo Ancelotti mendedahkan perbincangan dengan Thiago Silva mengenai kemungkinan pertahanan berpengalaman itu akan kembali dipanggil menyertai skuad kebangsaan Brazil.

Meninggalkan Chelsea untuk bersama Fluminense selepas kontraknya tamat pada 2024, Silva mempamerkan corak permainan cemerlang walaupun sudah mencecah usia 40 tahun.

Baca Juga:

Thiago Silva yang telah meraih 113 kaps bersama skuad Selecao setakat ini, belum lagi beraksi untuk negaranya sejak kekalahan pada suku akhir Piala Dunia 2022 menentang Croatia.

Silva terus memukau dalam saingan Serie A Brazil bersama Fluminense, malah turut memainkan peranan penting dalam mencipta kejutan hingga pasukan tersebut berjaya mara ke separuh akhir Piala Dunia Kelab pada bulan Jun lalu.

Melihatkan kepada prestasi cemerlang yang masih mampu dijelmakannya, Carlo Ancelotti membuka pintu seluas-luasnya buat Thiago Silva untuk kembali menyarung jersi Brazil di pentas antarabangsa.

Thiago Silva
Kredit Foto: Jorge Rodrigues / AGIF via AFP

Carlo Ancelotti Cukup Mengenai Thiago Silva

“Thiago Silva adalah pemain yang saya kenal sangat baik, saya pernah menandatanganinya untuk Milan dan PSG.”

“Saya bercakap dengannya sepuluh hari lalu, saya benar-benar mengenalinya,” ujar Carlo Ancelotti menurut sumber laporan Goal.

“Untuk membuat keputusan (tentang panggilan ke skuad), saya tidak melihat pasport, umur pemain… Saya fikir, jika Thiago Silva lebih baik daripada orang lain, saya tidak nampak masalah.”

“Tahun lalu, antara pemain terbaik Real Madrid ialah Modric, yang berusia 40 tahun. Pada 2007, saya memenangi Liga Juara-Juara dengan [Paolo] Maldini sebagai kapten, ketika itu dia berusia 40 tahun.”

Sumber