Michael Carrick melihat kekalahan Man United di tangan Atletico Madrid dari sudut postif.
Menurutnya, United benar benar sedang meningkat naik ketika ini. Dan dalam perlawanan ini sahaja mereka berjaya mencipta 4 peluang keemasan.
Carrick pada masa yang sama mengkritik kad merah yang diberikan lepada Leny Yorro yang menurutnya keputusan pengadilan lemah.
“Persembahan yang benar-benar bercampur baur. Saya berpendapat kami telah meningkat naik dalam perlawanan ini.
“Pasukan kami berjaya mencipta 4 peluang keemasan dalam perlawanan ini.
“Namun kad merah itu adalah keputusan yang teruk daripada pengadil.”
Manchester United kini melalui fasa 5 perlawanan tanpa kemenangan buat pertama kalinya di bawah kendalian Michael Carrick.
Man United go WINLESS in five consecutive games for the first time under Michael Carrick! ❌
Describe their season using ONE word… 👇 pic.twitter.com/A4yb6ljSRG
— talkSPORT (@talkSPORT) October 13, 2026
Sementara itu, pemain pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez dengan terbuka mempertahankan Carrick dan mengecam Pengarah Teknikal United.
Menurut Lisandro Martinez, Pengarah Teknikal seharusnya buat kerja lebih baik dalam memperkuatkan pasukan.
“Kita tidak boleh berterusan memecat pengurus. Kerana kita harus lihat kelemahan pada bahagian yang lain pula.
“Musim lalu prestasi kami sangat baik. Ketika kami layak ke UCL, saya fikir Pengarah Teknikal kami patut buat lebih baik. 100 peratus.
“Sangat mudah untuk menyalahkan pengurus, pemain. Dan kami juga perlu melihat faktor lain/”