Michael Carrick mahu Manchester United terus berbelanja sebelum jendela perpindahan ditutup, tetapi pada masa sama melihat kepulangan Marcus Rashford sebagai satu perkembangan yang sangat positif.
Carrick mengakui United masih perlu memperkuatkan skuad walaupun sudah membawa masuk Youri Tielemans, Andrey Santos dan Karl Darlow.
Menurutnya, penambahan pemain perlu dibuat sekiranya ia benar benar meningkatkan kualiti skuad, bukannya sekadar membeli pemain untuk memenuhi kuota.
United setakat ini membelanjakan sekitar £85 juta untuk tiga pemain tersebut, jauh lebih rendah berbanding beberapa pencabar mereka.
Carrick bagaimanapun menegaskan kelab perlu terus mencari pemain yang sesuai dengan keperluan pasukan, dengan posisi bek kiri dan seorang lagi pemain tengah antara kawasan yang diberi perhatian.
Dalam masa sama, Carrick turut memberi gambaran positif mengenai Rashford.
Penyerang berusia 28 tahun itu kembali ke United selepas menghabiskan tempoh pinjaman bersama Aston Villa dan Barcelona.
Carrick berkata Rashford boleh memberikan sesuatu yang berbeza kepada skuadnya kerana mempunyai kualiti unik yang sukar dicari pada pemain lain.
Carrick juga menyifatkan kepulangan Rashford sebagai sesuatu yang mengujakan dan percaya pemain itu masih mampu memberikan sumbangan besar kepada United.
Masa depan Rashford bagaimanapun masih belum benar benar dimuktamadkan.
Namun perkembangan terbaru menunjukkan Carrick terbuka untuk menggunakan pemain itu sekiranya dia kekal di Old Trafford.
Malah, Harry Maguire turut menyuarakan harapan supaya Rashford kekal di United.
Maguire menyifatkannya sebagai aset besar yang mampu memberikan ancaman kepada pertahanan lawan.
Dengan musim baharu bakal bermula, Carrick kini berdepan dua tugasan besar iaitu menentukan masa depan Rashford dan mendapatkan beberapa pemain tambahan sebelum jendela perpindahan ditutup pada 1 September.