Michael Carrick menafikan bahawa dia sedang dalam tekanan selepas disingkirkan Brighton daripada Piala Carabao.

Sebenarnya Manchester United mendahului 2 gol pada 10 minit pertama dalam perlawanan ini.

Namun mereka melepaskan 3 bolos selepas itu dan kalah 2-3 di tangan Brighton.

Carrick berkata: “Saya tidak merasakan apa-apa tekanan. Selain itu, kekalahan ini tidak mengganggu saya langsung.

“Saya faham apa yang berlaku di luar sana dan bagaimana dunia ini berputar, tetapi ia tidak mengganggu saya.

“Apa yang mengganggu fikiran saya ialah memenangi perlawanan, mewujudkan suasana yang baik di tempat ini dan dalam kumpulan, serta memastikan kami tahu bahawa kami sedang bergerak ke arah yang betul.”

Carrick: “Manchester United akan bangkit”

Akui dirinya langsung tidak tertekan, Michael Carrick malah melaungkan amaran bahawa kekalahan ini boleh menjadi titik kebangkitan Manchester United.

Dia menambah: “Sudah tentu kami boleh bangkit sebab kami memiliki beberapa pemain yang sangat hebat.

“Saya agak kecewa kerana kami tidak menikmati seminggu dua yang baik.”

Aksi seterusnya

Manchester United akan berdepan dengan Fulham di Craven Cottage sebelum menjamu kunjungan Tottenham Hotspur.

Selepas itu mereka akan ke Wanda Metropolitano berdepan dengan Atletico Madrid bimbingan Diego Simeone.