Chelsea berkunjung ke Old Trafford untuk aksi EPL minggu kelima. Ini adalah kepulangan pertama Alejandro Garnacho ke markas kelab lamanya, namun dia diletakkan di bangku simpanan.

Chelsea memulakan perlawanan dengan teruk sekali. Mereka kehilangan penjaga gol seawal minit ke-5. Ini selepas Robert Sanchez mengasari Bryan Mbeumo. Kekasaran yang dinilai sebagai menghalang peluang gol terbuka.

Dengan 10 pemain, Maresca mengeluarkan Estevao dan Pedro Neto sebagai pertukaran taktikal. Tidak lama selepas itu, Cole Palmer pula cedera dan terpaksa dikeluarkan.

Man United berada di hadapan menerusi jaringan Bruno Fernandes pada minit ke-14 dan kemudian  gol  Casemiro minit ke-37.

Bruno Fernandes kini menjadi ahli kelab 100 gol bersama Man Unite.

Tetapi Casemiro membuatkan pertarungan ini  kembali seimbang 10 vs 10 apabila dia pula menerima kad kuning kedua pada masa kecederaan lewat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, Chelsea cuba bangkit dan lebih berani menyerang ke hadapan. Chalobah melakukan satu satunya percubaan tepat Chelsea minit ke-80 yang membantu Chelsea menyamakan kedudukan.

Namun begitu, Man United memastikan mereka menyimpan 3 mata berharga mereka. Itu adalah kemenangan kedua United musim ini.