Bintang Uruguay, Edinson Cavani semalam telah mengumumkan persaraannya daripada kancah bola sepak antarabangsa pada usia 37 tahun.
Ia bermakna tiada lagi kelibat beliau dalam mana-mana perlawanan di peringkat antarabangsa bersama skuad kebangsaan Uruguay selepas ini.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Penyerang berbisa itu dikenali sebagai ‘El Matador’, dan merupakan penjaring gol kedua terbanyak Uruguay sepanjang zaman dan pemain ketiga terbanyak beraksi dengan 58 gol dalam 136 penampilan.
“Saya akan sentiasa bersyukur kerana pernah menyarung jersi ini mewakili apa yang paling saya cintai di dunia, negara saya,” katanya dalam mesej di media sosial, yang ditujukan kepada “Celeste yang dikasihi” (nama julukan pasukan kebangsaan Uruguay).
“Hari ini saya memutuskan untuk bersara, tetapi saya akan sentiasa mengikuti perkembangan anda dengan jantung berdebar, seperti ketika saya beraksi dengan menyarung jersi yang cantik itu,” katanya.
π¨πΊπΎ Official: Edinson Cavani retires from international football with Uruguay. pic.twitter.com/JPlFltT8SW
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 30, 2024
Cavani melakukan penampilan sulung bersama Uruguay pada 2008 dan mewakili negaranya dalam empat Piala Dunia β pertamanya pada 2010, dia dan pasukannya layak ke separuh akhir.
Kejayaan terbaiknya dalam jersi biru muda itu bagaimanapun hadir pada Copa America 2011 di negara jiran Argentina.
Pernah beraksi bersama Napoli, Paris Saint-Germain dam Manchester United, Cavani kini bermain dengan kelab Argentina, Boca Juniors.
Pemain berusia 37 tahun itu antara penjaring Terbanyak dalam sejarah PSG dan pernah menjadi sasaran bagi kelab baru francais MLS, Inter Miami.