Terbaharu, pelakon Sharnaaz Ahmad didakwa sengaja mencederakan seorang penghuni sebuah kondominium di Jalan Dutamas enam bulan lalu.

Walau bagaimanapun, menurut sumber, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir menepis dakwaan itu di Mahkamah Majistret, hari ini.

Baca Juga:

Pelakon berusia 38 tahun selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim.

Mengikut pertuduhan, Sharnaaz didakwa dengan sengaja mencederakan seorang lelaki berusia 26 tahun di sebuah kondominium di Jalan Dutamas pada 16 Jun 2022 lalu.

Difahamkan, sekiranya disabit kesalahan, pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau deda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Semasa prosiding, Timabalan Pendakwa Raya, Nadia Eleena Jamaluddin Akbal memberi cadangan iaitu OKS diberi ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, peguam yang mewakili Sharnaaz, Datuk Abu Bakar Isa Ramat merayu agar kadar ikat jamin itu dikurangkan kerana anak guamnya telah memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan.

Bahkan, peguam Sharnaaz turut mengatakan Sharnaaz merupakan duda dan mempunyai anak satu untuk dijaga serta seorang pelakon terkenal.

Selepas perbincangan, Atiqah membenarkan Sharnaaz diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin. Manakala, untuk sebutan semula kes akan ditetapkan pada 6 Mac depan.

Sebelum ini, media melaporkan pelakon Juvana itu telah direman tiga hari selepas disyaki mencederakan seorang penghuni kondominium. Dalam pada itu, Sharnaaz menjelaskan kejadian itu berlaku disebabkan rakan kepada penghuni kondominium itu membawa minyak masak dan tidak mempunyai kad akses.