Kelab Jepun, Cerezo Osaka mengumumkan kehadiran pemain pertahanan skuad Harimau Malaya iaitu Dion Cools.
Dion meninggalkan Buriram selepas dua musim beraksi bersama pasukan itu dan memenangi beberapa gelaran seperti Thai League1 dan Shopee Cup baru-baru ini.
Baca Juga:
- Kelab J1 League Berminat Dapatkan Dion Cools
- Pendapat Dion Cools Mengenai Jersi Baharu Malaysia
- Perlawanan Persahabatan Tier 1: Malaysia Berjaya Ikat Cape Verde 1-1
/#ディオンクールズ 選手
ブリーラム・ユナイテッドFCより完全移籍加入🌸
\🗣 「早くチームメイトやスタッフ、ファン・サポーターの皆さんに会えるのを楽しみにしています。全力を尽くし、数多くの勝利を皆さんに届けて、目標を成し遂げられるように頑張っていきます」
ようこそ #セレッソ大阪… pic.twitter.com/Z7cx3WXru8
— セレッソ大阪オフィシャル (@crz_official) June 4, 2025
Cools Gembira Sertai Cerezo Osaka
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak kelab, Cools gembira kerana diberikan peluang untuk beraksi di liga terbaik Asia seperti J1 League.

“Saya gembira dapat datang ke Jepun dan Osaka, dan saya sangat bersyukur kerana mendapat peluang seperti ini.
“Saya tidak sabar untuk berjumpa dengan rakan sepasukan, kakitangan, peminat dan penyokong tidak lama lagi.
“Saya akan melakukan yang terbaik untuk menyampaikan banyak kemenangan kepada semua orang dan melakukan yang terbaik untuk mencapai matlamat saya,” katanya.

Dion akan menyertai sesi latihan pasukan selepas tamat tugasan bersama skuad kebangsaan yang akan berdepan Vietnam dalam kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.