Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki mendedahkan bahawa Rozita Che Wan atau Che Ta sebenarnya sudah melangsaikan hutang MARA sebanyak RM550,000.
Namun masih ada tunggakan sekitar RM390,000 lagi untuk dia lunaskan. Ini berdasarkan laporan sebelum ini menyebut Che Ta berhutang dengan MARA sebanyak RM940,000.
Sebelum ini Che Ta berkongsi status di Instagram. Di mana dia memberitahu anaknya bahawa dia sudah membayar hutang MARA dan mereka sudah tidak ada kaitan lagi dengan organisasi tersebut.
Che Ta Beritahu Anaknya Dia Dah Bayar Hutang MARA Hampir RM1 Juta
Pengerusi MARA mengesahkan bahawa selebriti itu sudah membayar lebih setengah juta ringgit kepada mereka. Namun baki hutang tersebut masih perlu dijelaskan dalam masa tiga bulan atau sehingga penghujung Mac 2025.
Buat masa ini, tindakan penghakiman ke atas Che Ta ditangguhkan seketika setelah penyusunan semula bayaran baki hutang.
Dalam siaran Facebook, Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata: “Tindakan pelaksanaan penghakiman terhadap Puan Rozita Che Wan ditangguhkan setelah MARA berjaya mendapat bayaran tertunggak RM550 ribu sehingga Jumaat lalu.
“Manakala baki hutang tertunggak hendaklah dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh 3 bulan sebelum penghujung Mac.”
Beliau juga menegaskan bahawa MARA tidak akan berkompromi dengan mana mana pihak apabila melibatkan wang rakyat. Ini kerana masih ramai rakyat yang memerlukan wang tersebut untuk pelbagai tujuan.
Dr Asyraf turut meletakkan tanda pagar hutang wajib bayar di bawah hantaran Facebooknya.
Beliau menambah: “Sudah saya tegaskan bahawa MARA tidak akan berkompromi dengan segala tindakan untuk mendapatkan balik setiap sen wang rakyat yang diamanahkan. Ini akan membolehkan wang ini dimanfaatkan pula kepada orang lain yang amat memerlukan.”
Rata rata netizen memuji ketegasan MARA dalam soal hutang tersebut. Dan tiada pilih bulu walaupun melibatkan selebriti terkemuka.