Pelakon veteran, Rozita Che Wan atau Che Ta tertekan melihat harga barang dan alat solek atau mekap semakin mahal. Lalu nekad menaikkan elaun mingguan Aisyah kepada RM250.

Che Ta sebelum ini memberikan Aisyah elaun mingguan RM100. Namun kerana tekanan ekonomi membuatkan dia kasihan dengan Aisyah yang tidak dapat membeli barang solek yang semakin mahal.

Baca Juga:

Che Ta membuat satu video menemai Aisyah pergi ke kedai barang mekap terkenal, Sephora. Dan dia mahu tahu apa yang mereka boleh dapat dengan bajet RM100.

Dan di situ Che Ta melihat harga barang mekap semakin mahal. Di situlah seorang ibu simpati dengan anaknya dan memberikan elaun tambahan sebanyak RM150 lagi daripada yang sedia ada, setiap minggu.

Che Ta berkata: “Kasihannya, RM100 nak beli apa? Celak besar biji kurma pun dan RM55. Okay mommy naikkan RM100 kepada RM250 seminggu untuk Aaisyah.

Netizen memberikan respon kepada video tersebut. Mereka menganggap Aisyah benar benar bertuah dapat ibu seperti Che Ta.

Ramai juga yang meluahkan keluhan yang sama di mana barang mekap sekarang semakin mahal. Terutama sekali di kedai seperti Sephora, tempat Che Ta dan Aisyah membeli belah.

Mereka juga geli hati melihat telatah Aisyah yang terus menyebut: ‘I love you’ setelah mendapat barang yang dia mahukan. Kerana menurut mereka, mendengar anak menyebut perkataan itu sebagai tanda kepuasan selepas mendapat barang yang mereka mahukan adalah satu kepuasan juga untuk semua ibu bapa.

Ada yang menulis bahawa elaun mingguan Aisyah untuk membeli alat solek lebih tinggi daripada belanja mereka membeli barang mekap.

@rozitachewan1

Harap2 video ni tk kena removed oleh tik tok lah ye😬😬😬😬 . Stress kiter! . Hampa masuk kak pora 55 henggit baqu dpt celak besaq en en ja .. . Ni serum cekang jelita kami ni, dh la guna bahan2 premium, serum pertama kt malaysia yg mengguna SEA FENNEL STEAM CELL yg mana bg cekang serta merta & serum ni adalah serum yg menyahkan JERAGAT .. Nk muka lawa menjelang raya , tekan bag kuning laju2‼️ . #cekangjelita #serumviral #byrcw #cekangsampairaya #rcw #rozitachewan #cheta #aaisyahdhiarana #fyp

♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN

Sebelum ini Che Ta meraih pujian netizen kerana menapis barangan mekap yang dibeli anaknya dengan niat untuk mendidik Aisyah agar tidak boros berbelanja.

Tapis Barangan ‘Makeup’ Pilihan Aaisyah, Tindakan Che Ta Didik Anak Tidak Boros Raih Pujian Netizen