Chelsea dikenakan 74 pertuduhan rasmi daripada Football Association (FA) yang mendakwa mereka melanggar beberapa peraturan penting berkaitan dengan ejen, pelaburan pihak ketiga dan urusan perpindahan pemain.
Pertuduhan ini merangkumi pelbagai transaksi dan urusan yang berlaku daripada tahun 2009 sehingga 2022, dengan kebanyakannya berlaku sekitar musim 2010/11 hingga 2015/16.
Chelsea kini diberi masa sehingga 19 September 2025 untuk memberikan jawapan rasmi terhadap pertuduhan ini.
Kemudiannya, FA akan menilai bukti dan hujah yang dibawa sebelum menentukan sama ada kelab tersebut benar-benar bersalah.
Isu ejen dan pihak ketiga
Peraturan tentang ejen dan pelaburan pihak ketiga diwujudkan untuk memastikan urusan perpindahan pemain berlaku secara telus.
Pelanggaran boleh membuka ruang kepada manipulasi dalam pengurusan kewangan.
Hukuman yang bakal menanti
Jika didapati bersalah, FA boleh mengenakan denda besar, sekatan dalam urusan perpindahan, atau tindakan disiplin lain yang memberi kesan jangka panjang kepada operasi kelab.
FA yakin tindakan tebas ini bukti bahawa badan bola sepak itu tidak pilih kasih. Kelab besar sekalipun tidak kebal daripada tindakan undang-undang.
Chelsea kini terdedah kepada risiko besar dari segi imej, terutama sekali kerana mereka antara kelab elit Liga Perdana Inggeris.