Chelsea telah mengumumkan kehadiran penjaga gol berpengalaman, Emiliano ‘Dibu’ Martinez sebagai rekrut baharu kelab tersebut sebentar tadi.

Menurut kenyataan rasmi dikeluarkan laman sesawang Chelsea, penjaga gol berusia 33 tahun itu telah memeterai kontrak selama tiga tahun.

Beliau tiba di Stamford Bridge dari Aston Villa di mana beliau mencipta reputasi sebagai salah seorang penjaga gol terbaik dunia sepanjang enam musim terakhir ini.

Martinez
Kredit Foto: PATRICIA DE MELO MOREIRA / AFP)

Beliau memainkan peranan penting buat Villa dalam memenangi UEFA Europa League pada musim lalu dan di pentas antarabangsa, Martinez  telah dua kali menjulang Copa America selain Piala Dunia 2022.

Susulan kejayaan tersebut, sosok kelahiran Mar del Plata itu menerima Trofi Yashin yang dianugerahkan kepada penjaga gol berprestasi terbaik dunia pada Ballon d’Or 2023 dan 2024.

Emiliano Martinez Kini Milik Chelsea

“Saya sangat gembira dapat berada di kelab bola sepak ini. Menyertai Chelsea merupakan keputusan yang mudah untuk saya dan keluarga. Saya sangat teruja dan tidak sabar untuk memulakan perjalanan di sini.”

“Saya mahu mencapai kejayaan di sini. Saya seorang yang mahu memenangi segala-galanya dalam apa jua yang saya lakukan dan saya mahu membawa mentaliti itu ke kelab bola sepak ini kerana Chelsea ialah sebuah kelab yang memenangi trofi.”

“Saya fikir kami sangat sesuai bersama,” ujar Martinez lagi.

 

 

Sumber