Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan rentak cemerlang apabila berjaya melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia 2025 yang berlangsung di adidas Arena, Perancis.
Selepas berhempas pulas pada pusingan 16 semalam, gandingan ranking keempat dunia itu tampil lebih baik untuk mengenepikan cabaran pasangan dari India, Dhruv Kapila-Tanisha Crasto dalam aksi ‘straight set’.
Baca Juga:
- Kejohanan Dunia 2025: Senarai Pemain Malaysia Ke Suku Akhir

- Kejohanan Dunia 2025: Tang Jie-Ee Wei, Pang Ron-Su Yin Tempah Slot Ke Suku Akhir

- Senarai Pemain Pilihan Yang Tersingkir Awal Di Kejohanan Dunia 2025

Rentak permulaan pasangan negara itu bagaimanapun tidak berjalan seperti diharapkan selepas mereka ketinggalan 3-8 pada peringkat permulaan.
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei Tampil Cemerlang
Namun, Tang Jie dan Ee Wei dengan tenang menyerap tekanan untuk mengutip enam mata berturut-turut sekali gus kembali membuka peluang meraih kemenangan.
Ia nyata membuahkan hasil selepas memastikan set pertama menjadi milik mereka dengan kemenangan 21-15.
Laluan lebih mudah pada set kedua apabila aksi dijelmakan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei lebih bertenaga untuk mengesahkan kemaraan ke separuh akhir dengan jurang 21-13.
Ia merupakan kemaraan ke pentas separuh akhir pertama kali buat pasangan negara itu selepas mereka tunduk di suku akhir pada edisi 2023.
Menanti mereka di separuh akhir esok ialah pemenang antara Cheng Xing-Zhang Chi dari China dan gandingan tuan rumah, Thom Gicquel-Delphine Delrue.