Sejak beberapa minggu lalu, netizen warga China mengemaskini media sosial mereka mengenai serangan wabak misteri sehingga menyebabkan fasiliti kesihatan mereka penuh dengan para pesakit yang terdiri daripada golongan kanak-kanak.

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata, Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan (KKM) bersiap sedia dan meningkatkan pemantauan di pintu masuk utama negara dengan ketat bagi menerima kemasukan pelancong China.

Baca Juga:

Katanya, semua pintu masuk utama negara dilengkapi kelengkapan seperti kamera pengawasan dan mesin pengimbas suhu seperti yang dilaksanakan untuk saringan COVID-19.

“Itu memang KKM sudah buat pemantauan dan kawalan dan kita juga menyediakan semua seperti kamera dan kelengkapan yang sepatutnya.

“China pun sama mereka sudah menaik taraf semua kelengkapan diperlukan bagi mengawal sebarang situasi,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah beliau, semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi dan memutar belitkan isu berkenaan sehingga mencetuskan kebimbangan ramai.

Terdahulu, hospital di China dibanjiri dengan kanak-kanak yang jatuh sakit apabila satu wabak misteri berkaitan radang paru-paru menyerang seluruh negara itu.

Wabak yang menyerang di China itu dilaporkan kini turut sudah menyerang di beberapa lokasi lain seperti Amerika Syarikat, Denmark, Ohio dan Netherlands — namun dikenali sebagai ‘White Lungs’.

Pakar kesihatan menyatakan situasi itu memerlukan pemantauan rapi dan ‘sentiasa berjaga-jaga, namun tidak perlu dibimbangkan’.

Sumber