Siapa sahaja tidak mengenali Chistopher Nolan di mana telah menghasilkan berpuluh-puluh karya terulung yang memperlihatkan segala macam efek letupan yang menakjubkan.

Filem Oppenheimer iaitu karya terbaru daripada Christopher Nolan dimaklumkan dibuat tanpa sebarang penggunaan CGI. Hal ini disahkan sendiri oleh pengarah Christopher Nolan kepada editor Collider.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: YouTube

Menurut Collider, Nolan mengaku tidak pernah tertarik untuk menggunakan CGI dalam pembuatan filemnya lebih-lebih berkaitan leputan.

Hal ini kerana beliau lebih suka menggunakan kamera dan merasakan visual yang lebih realistik boleh dihasilkan berbanding penggunaan CGI.

Beliau menyebut bahawa menggunakan efek tertentu dengan CGI hanya diperlukan sekiranya ingin membuat visual terlihat lebih lancar dan realistik.

Seperti yang diketahui, dalam salah satu adengan di Oppenheimer telah diperlihatkan babak ujian Trinity dimana letupan bom nuklear yang difilemkan secara nyata tanpa sebarang bantuan CGI di dalam visualisasinya.

Untuk mendapatkan hasil yang mantap, beliau bersama pasukan perlu menyiapkan pelbagai aspek dan teknologi baharu lebih-lebih lagi berkaitan ledakan daripada bom nuklear tersebut. Hal ini kerana beliau mahu memastikan efek yang sama terjadi seperti apa yang berlaku dalam ujian bom Trinity pada tahun 1945 lalu.

Filem Oppenheimer bakal ditayangkan pada 21 Julai ini dengan jumlah durasi selama 180 minit atau pun 3 jam. Anda boleh lihat sendiri trailer filem ini di atas dan rasai babak dramatik yang dihidangkan.

Sumber