Sebelum ini, Inspektor Sheila ada memuat naik hantaran di Facebook mencari teman hidup tanpa mengira umur, agama, bangsa dan kerjaya serta menyatakan kriteria yang diinginkannya.
Susulan itu, pelakon dan pempengaruh media sosial, Iqbal Zulkefli meluahkan hasrat untuk berkenalan dengannya. Oleh itu, Sheila berasa hairan mengapa Iqbal mahu berkenalan dengannya yang berkulit gelap.
Baca Juga:
- Netizen Geleng Kepala Lihat Pemuda Bergaji RM1,100 Nak Pakai Proton X70
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
- Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, Bapa Salahkan Anak Tak Bagi Duit
Terbaru, kenyataan itu telah menarik perhatian Iqbal untuk mengulas lanjut dimana dia menyatakan cinta tidak mengenal warna kulit.
“Cinta tak mengenal kulit dan warna Umi. Sedangkan lautan sanggup ku renangi, inikan pula Inspektor Laa (panggilan Sheila) yang ku sayangi.
“Abi akan perjuangkan hingga titisan darah yang terakhir (Kalau Inspektor Laa tak tendang. Kalau tendang kita cari perempuan lain lagi).” tulis Iqbal.
Terdahulu, Iqbal mengatakan dia terbuka untuk mengenali Sheila dengan lebih dekat serta percaya anggota polis itu memiliki sifat lembut disebalik ketegasannya.