Sebut mengenai lagu Lemak Manis pasti ramai yang mengetahui. Dinyanyikan oleh seorang penyanyi dari Pahang iaitu Roslan Madun pada tahun 1982, lagu ini kekal releven dan masih lagi diputarkan di radio sehingga ke hari ini.

Bukan itu sahaja, populariti ini lagu ini turut melonjak naik selepas lagu ini berjaya trending menerusi platform TikTok yang sekaligus membantu generasi muda mengenali Roslan Madun.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, populariti lagu ini walau bagaimanapun telah mendapat perhatian negara seberang iaitu Indonesia yang sekaligus membuatkan seorang penyanyi negara itu ‘menyanyikan’ semula lagu ini.

Di sangka hanya sekadar membuat cover bagi lagu Lemak Manis, siapa sangka lagu Lemak Manis nyanyian Lina Rahim ini turut memaparkan lirik lagu ini ditulis oleh Lina Rahim manakala kredit kepada penyanyi serta komposer asal lagu ini tidak dinyatakan.

Sumber: YouTube Eagle Record Indonesia

Hal ini sekaligus telah mendapat perhatian netizen yang nyata tidak selesa dengan tindakan penyanyi dari Indonesia ini di mana beliau dengan mudah ‘claim’ lagu Lemak Manis.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dari Malaysia dan juga segelintir dari Indonesia mendesak agar penyanyi Indonesia serta label ini memberi kredit kepada penyanyi lagu ini iaitu Roslan Madun.

Sumber: YouTube Eagle Record Indonesia
Sumber: YouTube Eagle Record Indonesia
Sumber: YouTube Eagle Record Indonesia

Tidak kurang juga yang mengkritik nyanyian penyanyi wanita ini yang dikatakan menyanyikan lagu irama Melayu asli dengan tempo yang tidak seiring.

Difahamkan Roslan Madun turut sedia maklum mengenai isu ini dan kecewa dengan tindakan yang dilakukan. Beberapa hari lalu, Indonesia turut mendakwa Malaysia menciplak lagu Halo-Halo Bandung menjadi Hello Kuala Lumpur.