Lagu Lemak Manis kini menjadi siulan ramai tidak kira lapisan umur dan bangsa di dalam masyarakat. Siapa sangka lagu ‘Lemak Manis’ yang dinyanyikan oleh Roslan Madun, 70, terpaksa menunggu selama 40 tahun sebelum mula menjadi perhatian ramai.

Beliau dalam satu perkongsian di Facebook rasminya meluahkan ucapan terima kasih kepada individu yang mengangkat kembali lagunya (Lemak Manis) sejak kali pertama dinyanyikan sekitar 1980.

Baca Juga:

“Kalau Bell Ngasri tunggu 37 tahun untuk dapat gelaran ‘popular’, lagu ‘Lemak Manis’ pula tunggu 40 tahun untuk dikenali dan mendunia. 40 tahun kerana Roslan Madun mula menyanyikannya sekitar 1980, dirakam dalam studio pada 2002.

“Terima kasih buat individu dan kumpulan di luar sana seperti Haziq AF, Wak Jeng, Bulan Bintang, Beto Khusairy dan mereka yang mencetus #lemakmanisdsncechallenge,” tulisnya di platform tersebut.

Menerusi challenge tersebut, lagu dendangan beliau semakin menambat hati ramai tidak mengira peringkat usia dengan pelbagai gaya, irama, alat muzik dan cara.

“Dan terbaru adik Arfa Adwa yang kini sedang tular merata-rata. Turut dihargai stesen radio PahangFM, GegarFM Pantai Timur, KlasikFM, JohorFM, RRI, TVRI, dan beberapa lagi stesen lain yang sering memutarkan lagu ‘Lemak Manis,” maklumnya lagi.

Tambahnya lagi, rezeki seperti datang mencurah-curah apabila beliau sering dijemput oleh para penganjur bagi membuat persembahan di dalam negara mahupun luar negara.

Lebih-lebih lagi, jemputan yang diterima Roslan melibatkan majlis kecil dan besar tidak kira di kawasan terpencil mahupun megah.

Dalam perkongsian tersebut, beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana melahirkan puisi trasional Komponen Sastera (KOMSAS) Roslan Madun.

“Setinggi penghargaan juga buat KPM yang melahirkan puisi tradisional KOMSAS Roslan Madun.

“Tak lupa juga kepada anda semua yang turut menikmati ‘Lemak Manis’ tak kira masa dan lokasi, baik di bibir atau di hujung jari.

“Jangan lupa lagu-lagu Roslan Madun seperti Seloka Pak Kaduk, Burung Kenek-Kenek, Menghilir di Sungai Pahang, Tebang Tebu, Seloka Emak Si Randang, Wau Wau Pepeh dan banyak lagi boleh diangkat dan diketengahkan.

“Sama-sama kita kecapi saat ini, saat lagu Melayu tradisional mendapat tempat di hati,” katanya di Facebook.

Menariknya, baru-baru ini Roslan Madun turut meraikan kanak-kanak berusia 2 tahun dengan melakukan persembahan bersama di dalam satu acara anjuran Majlis Seni Sarawak. Difahamkan kanak-kanak itu sangat menghayati lagu tersebut dan menyanyikan dengan penuh perasaan di dalam satu video lain.

@tvs_entertainment

Baby shark ❌ Lemak Manis✅ Gemuruh sorakan penonton, saat adik Arfa curi perhatian dari Atuk – menyanyikan lagu Lemak Manis 😍 Sempena Pertandingan Tarian & Lagu Melayu Asli anjuran Majlis Seni Sarawak Day 3. Video penuh di YouTube TVS Entertainment! #TVS122 #TVSEntertainment #Sarawak #LemakManis #lemakmanisalaamboi #fyp #comel #tiktoksarawak #nyanyi

♬ original sound – TVS Entertainment – TVS Entertainment

Sementara di dalam ruangan komen, ramai yang meluahkan perasaan gembira mereka kerana berpeluang mengenali rapat dengan lagu tradisional di dalam arus pemodenan hari ini.

Tidak lupa juga, ada yang mengatakan lagu ini sangat mengimbau kenangan dahulu kerana sudah membesar bersama dengan lagu tersebut.