Kecoh baru-baru ini apabila lagu Lemak Manis yang dinyanyikan oleh Roslan Madun sejak dari puluhan tahun lalu diciplak sebuah label muzik di Indonesia serta dinyanyikan semula oleh seorang penyanyi dari negara tersebut.

Lebih mengejutkan lagi, penyanyi tersebut bukan hanya tidak memberikan kredit kepada Roslan Madun, malah turut menyatakan beliau penyanyi asal lagu tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Situasi yang berlaku sekaligus telah mendapat perhatian netizen Malaysia dan Indonesia yang rata-ratanya mendesak agar penyanyi tersebut memberikan kredit kepada penyanyi asal lagu tersebut.

Malah, Roslan Madun menerusi Facebook beliau tampil menjelaskan isu yang berlaku serta turut memaklumkan Lina Rahim selaku penyanyi yang menyanyikan lagu beliau ini turut menghubungi beliau.

Menurut Roslan Madun, Lina Rahim telah menghubungi beliau serta menangis memohon maaf atas apa yang berlaku. Beliau yang dikatakan menangis teresak-esak telah mendapat permohonan maaf daripada Roslan Madun.

Menurutnya, video muzik yang dimuat naik itu bukanlah dibawah kendalian Lina Rahim sebaliknya di bawah Eagle Records. Tambahnya lagi, pihak Eagle Records turut memohon maaf atas apa yang berlaku serta telah menambah kredit menerusi lagu yang dinyanyikan semula itu.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen memuji sikap profesional Roslan Madun yang kekal tenang serta bijak menyelesaikan isu plagiat yang berlaku.

Sumber: Facebook Roslan Madun
Sumber: Facebook Roslan Madun

Sementara itu, lagu Lemak Manis yang telah dinyanyikan semula oleh Lina Rahim ini turut diubah suai tajuknya beserta kredit kepada Roslan Madun seperti yang dijanjikan.