Baru baru ini heboh di media sosial mempertikaikan pekerjaan seorang lelaki yang mendakwa dia adalah coach cerai.

Coach cerai sudah lama aktif di media sosial, namun namanya menjadi tular selepas dia dilantik oleh artis, Uqasha Senrose dalam usaha pelakon itu memohon cerai daripada Kamal Adli.

Netizen Terkejut Uqasha Senrose Bawa Coach Cerai Ke Mahkamah Syariah

Coach cerai menemami kliennya, Uqasha Senrose ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 28 Oktober lalu.

Lantas netizen segera menyatakan kritikan mereka ke atas coach cerai yang dianggap seolah olah menggalakkan perceraian.

@abang.panglima

Ada pulak jawatan coach cerai eh?.Baru tau…

♬ original sound – Abg Panglima® – Abg Panglima®

Namun, lelaki yang dikenali sebagai Mohd Izary Muhammed Ikhbal tampil menjelaskan perkara sebenar.

Menurutnya, dia bukan mengajar orang bercerai, sebaliknya membantu menyelamatkan perkahwinan.

Dipetik daripada laman Harian Metro, Izary berkata: “Memang ada yang kecam hingga panggil dasim (syaitan atau jin yang merosakkan rumah tangga) dan beri persepsi negatif kerana anggap saya nak ajar orang bercerai.

@therealuqashasenrose

❤️ #uqashasenrose @Cerai Coach

♬ original sound – UqashaSenrose – UqashaSenrose

“Tetapi saya tak salahkan mereka, mungkin ada beranggapan begitu kerana tak faham skop kerja saya yang sebenarnya nak bantu selamatkan rumah tangga.”

Izary sebelum ini terlibat dalam bidang kewangan. Kemudian dia memutuskan untuk beralih bidang berkaitan dengan pengurusan perceraian pada Oktober 2024.

Dia terjun ke bidang yang baharu itu setelah membuat penilaian dan pertimbangan yang sangat teliti termasuk pengalaman peribadinya yang pernah bercerai 2 kali.

Dia menambah: “Saya ada pengalaman bercerai, yang pertama pada 2006 dan kini dengan isteri hasil perkahwinan kali ketiga.”

Dia bersyukur kerana rumah tangganya pada hari ini sudah bertahan 12 tahun. Dan mendedahkan bahawa dia pernah memberikan nasihat kepada pasangan yang mahu bercerai agar tidak meneruskan niat mereka itu.

Izary menegaskan bahawa isterinya adalah rakan niaganya. Dan isterinya akan memberikan pandangan dari perspektif seorang wanita.

“Pendekatan saya adalah dengar masalah klien kemudian bimbing mengikut situasi bersandarkan pengalaman peribadi saya dan perkara pertama adalah bantu perbetulkan pemikiran mereka mengenai rumah tangga,” tambahnya lagi.

Kiennya bukan sahaja dari dari dalam negara, namun dari luar negara juga yang berhubung dengannya secara atas talian.

“Saya tidak pernah mengalakkan orang  untuk bercerai, namun nak bagi mereka cermin untuk lihat semula diri mereka, kemudian memberikan kesedaran, bukannya mempengaruhi apa yang mereka harus buat.

Dia mendedahkan bahawa sebelum ini ada klien wanita yang asalnya mahu bercerai, namun akhirnya memutuskan untuk tidak jadi bercerai selepas mengikuti programnya.

“Semuanya dengan izin Allah SWT,” tambahnya.