Pemain sandaran utama Chelsea, Cole Palmer membalas dengan penuh bersahaja menepis kritikan mengatakan kebanyakan gol dihasilkannya adalah menerusi sepakan penalti.

Menyertai Chelsea pada jendela perpindahan musim panas lalu dari Manchester City, Palmer kini merupakan penjaring terbanyak The Blues dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2023/24.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Malah, beliau hanya dipisahkan dua gol dibelakang pendahulu carta penjaring terbanyak liga yang kini diketuai bekas rakan sepasukannya, Erling Haaland.

Jumlah 16 gol itu dikongsi bersama Mohamed Salah (Liverpool), Dominic Solanke (Bournemouth) dan penyerang Aston Villa, Ollie Watkins.

Daripada 16 gol tersebut, lapan daripadanya terhasil menerusi ketenangan beliau dalam menyempurnakan sepakan penalti.

Satu jumlah jaringan yang semestinya menjadikan Cole Palmer sebagai pembelian paling berbaloi buat Chelsea dengan yuran perpindahan bernilai £40 juta.

Lebih menarik, beliau meledakkan hatrik pertama dalam kancah EPL pada awal pagi tadi yang menyaksikan Chelsea berjaya menundukkan Manchester United 4-3.

“Anda tahu saya telah mengambil banyak sepakan penalti, saya tidak pernah gagal menjaringkan gol,” ujar Palmer dengan penuh yakin menurut sumber laporan Goal.

“Dapat menjaringkan gol pada minit akhir perlawanan adalah satu perkara yang cukup gila.”

“Saya tidak tahu bagaimana Chelsea dapat bangkit, kami mendahului 2-0 dan seperti saya katakan pada minggu lalu kami melakukan kesilapan yang sangat mudah.”

“Apabila lapan minit (masa kecederaan) ditambah, ia memberikan kami galakan. Ia memang satu kegilaan.”

“Kami perlu cuba untuk memenangi seberapa banyak perlawanan. Untuk menang seperti ini, tiada yang lebih baik. Saya bersyukur dapat menjaringkan (gol kemenangan),” tambah beliau lagi.