Akhirnya jenama COMME des GARÇONS Black kembali bekerjasama dengan jenama sukan terkenal iaitu Nike. Kali ini mereka memfokuskan model Nike Night Track.
Pemilihan model ini adalah untuk memberi penghormatan terhadap model Night Track yang popular pada tahun 70an. Rekaan kali ini menawarkan warna hitam dan berkilat pada bahagian hadapan dan logo Swoosh. Keseluruhan kasut ini diperbuat daripada kulit premium. Selain itu anda akan dapat melihat tompokan warna putih kecil di bahagian tali kasut dan akhir sekali logo penjenamaan “CDG” pada bahagian tumit.
Kasut ini akan dijual pasaran Jepun dengan harga $167 (RM 651.54) bermula hari ini.
https://instagram.com/p/BhgrTzDhLo9/?utm_source=ig_embed