Siapa di sini suka makan coklat? Coklat boleh dikatakan sebagai comfort food ramai orang dan digemari tanpa mengira peringkat umur.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @archerandprey19 telah berkongsi dalam satu ciapan bahawa dia telah terpilih menangi bekalan coklat Cadbury 1 tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://twitter.com/archerandprey19/status/1677596345060970496

Menerusi perkongsian tersebut, dia telah masuk pertandingan yang dianjurkan oleh jenama coklat terkenal, Cadbury dengan membeli coklat Cadbury kegemarannya berharga RM6 dan menghantar resit.

Tidak sangka, tuah berpihak kepadanya dimana dia telah menang hadiah istimewa berupa stok coklat 1 tahun. Perkongsiannya itu telah meraih perhatian orang ramai.

Rata-rata netizen menzahirkan rasa cemburu dan ada juga netizen yang baru tahu akan kewujudan pertandingan tersebut. Malah, ada juga pemenang lain yang berkongsi telah mendapatkan hadiah mereka juga.