Cristiano Ronaldo meledak 2 lagi gol bersama Portugal pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Pemain veteran berusia 40 tahun itu tidak menunjukkan tanda  tanda penuaan langsung pada aksinya di atas padang.

Ronaldo mempamerkan aksi cemerlang bersama Portugal ketika membelasah Armenia 5-0. Tiga lagi gol Portugal adalah menerusi 2 gol oleh Joao Felix dan satu lagi gol oleh Joao Cancelo.

Cristiano Ronaldo kini memintas Lionel Messi dalam carta gol pemain di pusingan Kelayakan Piala Dunia.

Di mana Ronaldo mencetak 37 gol dan Messi mencetak 36 gol pada aksi Kelayakan Piala Dunia.

Hanya Carlos Ruiz lebih baik daripada Ronaldo dan Messi dengan 39 gol.

Messi dan Ronaldo, kedua duanya masih lagi aktif bersama dengan skuad kebangsaan.

Ronaldo masih optimis untuk bermain dalam Piala Dunia 2026. Sementara Lionel Messi pula tidak pasti bahawa beliau akan dapat beraksi dalam satu lagi edisi Piala Dunia.

Bercakap kepada ESPN sebelum ini, Messi berkata: “Atas faktor usia saya, benda paling logik adalah, saya tidak akan mampu bermain di Piala Dunia akan datang.”

Ronaldo masih lagi optimis dalam usahanya mahu membantu negaranya memenangi Piala Dunia sulung mereka.