Ikon bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo tanpa berselindung mengakui bahawa tidak percaya seteru utamanya, Lionel Messi adalah pemain terbaik sepanjang zaman.
Kenyataan itu dibuat Ronaldo dalam dalam satu temu bual bersama wartawan veteran, Piers Morgan menurut sumber laporan Goal.
Baca Juga:
- Cristiano Ronaldo, Lionel Messi Terus Pecahkan Rekod Dunia

- Anak Cristiano Ronaldo Tayang Kereta Pertamanya Bernilai RM1.36 Juta, Namun Bukan Itu Yang Paling Mahal Dalam Gambar Tersebut

- Messi Akui Belum Pasti Ke Piala Dunia 2026, ‘Saya Akan Nilai Dari Hari Ke Hari’

Podcast bertajuk ‘Piers Morgan Unsensored’ itu menyentuh mengenai kehidupannya sejak berpindah ke Arab Saudi dan kemudiannya penyerang Portugal tersebut mendedahkan bahawa tidak melihat Messi sebagai yang terbaik pernah bermain dalam sejarah bola sepak.
Selama bertahun-tahun, para peminat telah berdebat sama ada Ronaldo atau Messi yang layak menyandang gelaran GOAT (Greatest of All Time).
Kedua-duanya kini berada di penghujung karier masing-masing dengan bintang Portugal itu sedang memburu kejuaraan bersama Al-Nassr di Arab Saudi manakala Messi pula mengejar kejayaan dalam saingan Major League Soccer (MLS) di bawah kelab milik David Beckham, Inter Miami.
Pandangan Jujur Cristiano Ronaldo
“Messi lebih baik daripada saya? Saya tidak setuju dengan pendapat itu. Saya tidak mahu bersikap rendah diri.”
Perkataan “rendah diri” jarang sekali dikaitkan dengan Ronaldo, yang sememangnya dikenali dengan sifat penuh keyakinan dan gaya pertunjukannya di atas padang selama ini.
Ketika beliau terus menambah koleksi jaringan bersama Al-Nassr, legenda Real Madrid dan Manchester United itu percaya bahawa dirinya telah membuktikan mengapa beliau layak diiktiraf sebagai yang terbaik.
Peminat bagaimanapun perlu menunggu untuk mendengar jawapan penuh kepada persoalan tersebut apabila bahagian pertama temu bualnya bersama Piers Morgan dijadualkan untuk disiarkan pada malam ini.