Bintang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo menegaskan beliau tidak berminat untuk menjadi pengurus selepas bersara dari bola sepak profesional.
Ronaldo baru sahaja menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun bersama Al-Nassr dan beliau akan menginjak usia 42 tahun apabila kontraknya tamat.
Baca Juga:
- Cristiano Ronaldo Dapat Kontrak Baharu RM1.98bn Di Al Nassr, Ini Butiran Ringkasnya
- Cristiano Ronaldo Hadiahkan Donald Trump Jersinya Bertandatangan Dengan Mesej Khas

- Cristiano Ronaldo: ‘Ini Negara Kami, Rakyat Kami, Portugal Negara Kecil Namun Bercita Cita Besar’

Cristiano Ronaldo Tak Minat Jadi Pengurus
Ramai yang mencaddangkan agar kapten Portugal itu terjun dalam bidang pengurusan memandangkan beliau mempunyai pengalaman luas dan pernah beraksi bersama kelab besar.

“Menjadi jurulatih? Sekarang ini, saya boleh katakan saya tidak akan menjadi seorang, walaupun ‘tidak pernah’ adalah perkataan yang kuat.
“Realitinya ia bukan dalam rancangan saya dalam tempoh lima, 10 atau 20 tahun. Tetapi seperti yang kita tahu, hidup ini penuh dengan kejutan,” katanya.

Sebelum ini, Ronaldo mengatakan bahawa beliau tidak mahu terlibat dalam bola sepak selepas bersara dan mahu hidup seperti ‘raja’ bersama keluarganya.