Persis filem aksi sebenar! Itulah rata-rata pujian daripada netizen apabila jenama fesyen Bulan Bintang berkongsi video promosi terkini mereka menampilkan pelakon Beto Kusyairy yang sedang hangat diperkatakan di laman sosial.
Dengan kerja kamera serta suntingan yang mendapat pujian ramai, video terbabit dihasilkan sempena pelancaran koleksi baju Melayu Bulan Bintang Teluk Belanga yang menampilkan Beto sebagai duta.
Baca Juga:
- Iklan ‘Remake’ Istanbul Aku Datang, Netizen Imbau Babak Ikonik Beto Kusyairy Dan Lisa Surihani
- BKM, Mat Kilau Dan Anwar Ibrahim Muncul Antara Carian Paling Popular Di Google
- Guna 350 Dron Dari UK, Netizen Puji ‘Marketing’ Kreatif Dan Bertaraf Antarabangsa Jenama Bulan Bintang
Idea asal video ni bermula dgn aku memain je cakap dgn member, “jom buat video Mat Kilau-inspired untuk launch Bulan Bintang Teluk Belanga”
Finally, dah boleh release videonya. Aku harap korang enjoy video ni, as much as I do.
Paling suka part akak promoter tu 🤪 pic.twitter.com/sxyKqnvyUw
— meri (@meripergibulat) March 30, 2023
Sekilas menonton video tersebut, ramai yang membandingkannya dengan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan. Namun, pengasas Bulan Bintang sendiri akui idea untuk ambil inspirasi filem Mat Kilau terlintas ketika sedang bergurau bersama rakan.
Idea asal video ni bermula dgn aku memain je cakap dgn member, “jom buat video Mat Kilau-inspired untuk launch Bulan Bintang Teluk Belanga”
Finally, dah boleh release videonya. Aku harap korang enjoy video ni, as much as I do.
Paling suka part akak promoter tu 🤪 pic.twitter.com/sxyKqnvyUw
— meri (@meripergibulat) March 30, 2023
“Idea asal video ini bermula dengan aku main-main sahaja cakap dengan rakan, “Jom buat video Mat Kilau-inspired untuk launch Bulan Bintang Teluk Belanga”.
“Akhirnya, dah boleh release videonya. Aku harap korang enjoy video ini, as much as I do. Paling suka babak akak promoter tu,” kata Azzim Zahid Azmi. Tweet Azzim itu kini sudah meraih lebih 4,700 likes serta lebih 426,000 tontonan ketika artikel ini ditulis.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respons positif terhadap video kempen terbabit serta memuji kualiti video berkenaan yang setaraf filem sebenar. Begitu juga ramai yang memuji dedikasi pasukan Bulan Bintang yang tidak memilih marketing murahan untuk melariskan jenama mereka.
Terbaik! Boleh la buka satu department production,pastu join pitching tv/filem hasilkan karya2 yg lebih fresh. Aku yakin dgn platform BB ni,u guys will easily capture d market. Free marketing as well @meripergibulat https://t.co/3c8wGVrNzs
— Tuah Noze (@KamalRezuan) March 30, 2023
Next level punya advertisement. Good job star moon 👏🏻 https://t.co/06eCTj8jiv
— Nano 🍉 (@iwananoo) March 30, 2023
Kenapa camerawork lagi lawa daripada the actual film? 😅😂
— Elle Fara (@elle_fara) March 30, 2023
Warganet juga sempat berseloroh dan membandingkan kerja kamera video kempen tersebut dengan filem Mat Kilau yang didakwa bergegar.
Malah, ada juga netizen yang memuji cara pemasaran jenama tersebut yang disifatkan sebagai bijak serta berkualiti.
Meninjau di ruangan Instagram pula, Azzim mendedahkan jenama terbabit pernah ‘ditolak’ oleh Beto kerana kekangan bajet empat tahun lalu.
Kini impian mereka untuk bekerjasama dengan pelakon hebat itu menjadi kenyataan, ramai yang terinspirasi dengan kisah yang dikongsikan oleh Azzim.