Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin telah meluahkan rasa kesal terhadap artikel terbitan sebuah portal hiburan yang dikatakan memberi maklumat yang salah berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh penyanyi tersebut.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Siti Nurhaliza mengatakan bahawa tajuk berita yang ditulis oleh portal itu berbeza dengan jawapan yang diberi tentang anaknya, Aafiyah.
Baca Juga:
- Sebak Menangis Di Hadapan Kaabah, Siti Nurhaliza Akui Rindu Jadi ‘Orang Biasa’
- Sedih Dengan Pemergian Siti Sarah, Siti Nurhaliza Sekadar Mampu Nyanyi 2 Baris ‘Aku Bidadari Syurgamu’
- Bersyukur Peroleh Pahala ‘Free’, Perkongsian Siti Nurhaliza Sekali Lagi Menjadi Kecaman Netizen
“Saya tidak pernah menyebut saya lebih gembira jika Aafiyah menjadi ahli politik seperti yang ditulis.” kata Siti Nurhaliza.
Tambahnya, apabila munculnya berita seperti ini akan memberikan impak dan mengakibatkan selebriti terdedah dengan kecaman netizen. Malah, beliau turut menasihati portal tersebut supaya menjaga etika penulisan dan tidak sesekali mengubah fakta yang diberikan sedangkan ada video yang boleh dirujuk.