Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin telah meluahkan rasa kesal terhadap artikel terbitan sebuah portal hiburan yang dikatakan memberi maklumat yang salah berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh penyanyi tersebut.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Siti Nurhaliza mengatakan bahawa tajuk berita yang ditulis oleh portal itu berbeza dengan jawapan yang diberi tentang anaknya, Aafiyah.
Baca Juga:
- Bagaimana Tindakan Pantas Usahawan Ini Berjaya Elak Jenamanya Daripada Bankrap
- Berani ‘Pecah Tembok’ Industri Boba Di Malaysia, Ini Nasihat Pengasas Tealive Buat Anak Muda
- Lelaki Ini Kongsikan Cara Beli Kereta Terpakai Di Bawah ‘Market Value’
“Saya tidak pernah menyebut saya lebih gembira jika Aafiyah menjadi ahli politik seperti yang ditulis.” kata Siti Nurhaliza.
Tambahnya, apabila munculnya berita seperti ini akan memberikan impak dan mengakibatkan selebriti terdedah dengan kecaman netizen. Malah, beliau turut menasihati portal tersebut supaya menjaga etika penulisan dan tidak sesekali mengubah fakta yang diberikan sedangkan ada video yang boleh dirujuk.