Ketua jurulatih Sabah, meluahkan rasa tidak puas hati beliau dengan kualiti padang Stadium Nasional Bukit Jalil ketika perlawanan akhir kejohanan Pestabola Merdeka 2024 semalam.
Pemain pertahanan Sabah iaitu Dominic Tan diturunkan dalam kesebelasan utama dalam perlawanan menentang Lebanon yang menyaksikan Malaysia menang dengan keputusan 1-0.
Baca Juga:
- Malaysia Muncul Juara Pestabola Merdeka 2024
- Pestabola Merdeka 2024: Atasi Filipina 2-1, Malaysia Ke Final
- Syamer Kutty Abba Hormati Keputusan Peminat Boikot Pestabola Merdeka 2024
Kemenangan ini membolehkan skuad Harimau Malaya menjulang trofi Pestabola Merdeka edisi kali ini selepas kecewa dengan hanya muncul naib juara pada edisi tahun lalu.
No ending story! Ashamed and finger-pointing again SNBJ or excuses?
— OKS (@OKS_Rhinos) September 8, 2024
Dominic Tan kemudiannya dikeluarkan pada separuh masa kedua dan digantikan dengan Feroz Baharudin selepas beliau mengalami kecederaan.
Dominic mengalami kecederaan dipercayai berpunca dari padang Stadium Nasional yang tidak rata sekaligus membangkitkan kemarahan Datuk Ong Kim Swee.
Menerusi laman X miliknya, Kim Swee menegaskan masalah yang melibatkan padang Stadium Nasional tidak pernah selesai dan sering terjadi apabila digunakan untuk perlawanan bola sepak.
“Tidak pernah berakhir. Adakah nak tuduh orang lain atau nak berikan alasan,” kata Kim Swee.
Seorang lagi pemain Sabah, Darren Lok juga hampir menjadi mangsa padang namun beliau tidak mengalami sebarang kecederaan ketika beraksi pada separuh masa kedua.
Dalam perlawanan semalam, pengendali pasukan, Pau Marti Vicente membuat beberapa pertukaran dengan membawa masuk Dominic Tan, Nooa Laine, Safawi Rasid, Endrick Dos Santos, Muhd Safawi Rasid dan Syafiq Ahmad di kesebelasan utama.
Jaringan yang dinantikan kem Malaysia hadir pada minit ke-32 apabila Romel Morales menyempurnakan peluang dalam kawasan penalti selepas menerima umpanan Endrick Dos Santos memisahkan kedua-dua pasukan.
Pada separuh masa kedua, Malaysia mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol namun pemain negara gagal untuk menyempurnakan peluang yang ada.
Kedudukan 1-0 itu kekal hingga tamat permainan untuk Malaysia menamatkan penantian kali terakhir skuad negaramuncul juara Pestabola Merdeka pada edisi 2013.