Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menerima hakikat pendakwaan yang dilakukan semalam. Dan pada masa yang sama menzahirkan rasa bangga ke atas anggota polis dalam melakukan siasatan.

Menurut Suhaily, JSJ dan PDRM secara umumnya telah bertungkus lumus dalam melakukan siasatan ke atas kes pembunuhan adik Zayn Rayyan. Walaupun akhirnya mahkamah memutuskan bahawa kes tersebut tidak menghala kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh.

Sebaliknya, kes tersebut dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Dalam sidang medianya semalam, Datuk Seri Suhaily menyatakan bahawa proses pertuduhan yang dibuat adalah keputusan terbaik. Dan ianya telah diputuskan antara Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5) JSJ dan pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Dipetik daripada laporan Harian Metro, Datuk Suhaily berkata: “We are so close yet so far.

“Penyelesaian (siasatan) kes ini adalah menzahirkan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh pegawai dan anggotanya.

“Mereka ini berhempas-pulas menjalankan siasatan tanpa mengira penat lelah, siang dan malam bekerja secara ikhlas dalam melaksanakan amanat dan tanggungjawab yang diberikan.

“Mereka ini seharusnya wajar diberikan penghargaan sedalam-dalamnya selepas melunaskan tugas mereka sepanjang tempoh enam bulan.”

Suhaily kemudian menasihati semua pihak tidak mengeluarkan sebarang spekulasi dan kenyataan tidak tepat berkaitan dengan siasatan yang dijalankan PDRM sebelum ini.

Kerana menurutnyta, semua keterangan tentang kes itu boleh diikuti semasa prosiding perbicaraan di mahkamah yang dijangka akan berlangsung pada bulan hadapan.

Beliau menegaskan spekulasi seperti itu hanya akan menimbulkan lebih kekeliruan kepada masyarakat. Dan kenyataan yang tepat tentang kes itu hanyalah daripada pihak PDRM.

Beliau mengakhiri: “Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak melanggar mana-mana undang-undang sehingga boleh menjejaskan prosiding siasatan dan subjudis kepada perbicaraan kes.”