Pengurus Tottenham Hotspur, Roberto de Zerbi percaya pasukannya akan menjaringkan lebih banyak gol dan meraih kemenangan selepas mereka akhirnya menemui rentak meskipun tewas 3-1 kepada Liverpool dalam aksi Piala Carabo pada Selasa lalu.

Keadaan yang sekali gus menjadikan mereka kini tanpa kemenangan dalam empat perlawanan berturut-turut.

Pasukan dari utara London itu menamatkan saingan musim lalu hanya dua mata di atas zon penyingkiran dan masih belum meraih kemenangan dalam kempen English Premier League (EPL) 2026/27 dengan hanya mengumpul dua mata daripada empat perlawanan walaupun berbelanja besar membawa masuk Sandro Tonali, Mateus Fernandes dan Savio.

De Zerbi Yakin Tottenham Bakal Bangkit

“Kami sedang melalui masa yang sukar kerana keputusan perlawanan adalah segala-galanya bagi kami. Jika kami kalah, kami berasa sedih, kecewa dan hampa,” kata De Zerbi menurut sumber laporan Reuters.

”Memang sukar. Tetapi ini baru permulaan, bahagian pertama daripada projek baharu ini.”

“Saya rasa apabila kami akhirnya menemui rentak… tetapi perkara itu bukan mengenai mentaliti kerana hari ini [bertemu Liverpool] kami menunjukkan mentaliti yang betul, sikap yang tepat dan kami terus berjuang sehingga tamat perlawanan.”

“Saya percaya kami akan memenangi banyak perlawanan dan menjaringkan banyak gol,” tambah pengendali kelahiran Itali itu lagi menunjukkan keyakinannya.

Tottenham Hotspur seterusnya akan berdepan Aston Villa di laman  sendiri dalam aksi liga pada Sabtu ini.

Sumber