Legenda Liverpool, Steven Gerrard, telah menyampaikan mesej jelas kepada pengurus baharu, Andoni Iraola dengan menegaskan bahawa kelab itu perlu mendapatkan pemain tengah bertahan khusus sebelum jendela perpindahan ditutup.

Bekas kapten The Reds itu percaya ketiadaan pemain tengah bertahan tulen sebagai pengimbang telah menyebabkan pasukan lebih mudah terdedah selepas permulaan yang tidak begitu konsisten dalam kempen baharu English Premier League (EPL) 2026/27.

Liverpool memulakan kempen musim baharu dengan terikat 2-2 bertemu Newcastle United selepas dua kali bangkit daripada ketinggalan.

Mesej Jelas Gerrard Buat Liverpool

“Ada satu bahagian yang sebenarnya tidak mendapat banyak perhatian dan hanya dalam tempoh seminggu kebelakangan ini perkara itu mula diberi tumpuan, sejak perlawanan menentang Newcastle.”

“Pada pendapat saya, mereka memerlukan pemain yang benar-benar khusus untuk posisi No. 6,” ujar Gerrard menurut sumber laporan Goal.

“Saya fikir posisi itu sangat dirindui, dan saya tidak rasa mereka mempunyai pemain yang benar-benar khusus untuk posisi tersebut.”

“Kehadiran pemain seperti itu membolehkan Dominik Szoboszlai, Ryan Gravenberch dan Alexis Mac Allister bergerak membantu serangan, selain memastikan barisan pertahanan empat pemain kekal kukuh. Saya fikir mereka benar-benar kehilangan posisi itu.”

Cabaran kedua Liverpool dalam aksi liga bakal diuji pada 7.30 malam ini apabila The Reds bakal membuat perhitungan dengan Nottingham Forest di Anfield.

Sumber