Pengurus baharu Tottenham, Roberto De Zerbi menyatakan bahawa skuadnya kini fokus kepada misi mencari 1 kemenangan untuk mengubah keadaan.
Menurutnya, 1 kemenangan itu penting untuk menaikkan semula semangat pemain dan yakin bahawa ianya akan dapat mengubah nasib pasukannya.
Spurs tewas sekali lagi dalam saingan EPL, kali ini di tangan pasukan baru naik promosi, Sunderland. Ianya kekalahan pada debut De Zerbi sebagai pengurus.
De Zerbi tidak mahu pemain pemainnya terlalu memikirkan soal penyingkiran. Kerana fokus utama mereka adalah mencari 1 kemenangan penting.
De Zerbi berkata: “Bimbang dengan penyingkiran? Itulah masalahnya.
“Sasaran kita sekaarang adalah memenangi 1 perlawanan dan kita akan tengok segalanya berubah selepas ini.”
🚨 Roberto De Zerbi: “Fear of relegation? Yes, that’s a problem”.
“The target now is to win ONE game, and we will see everything in a different way”. pic.twitter.com/gepNBKfWgk
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 12, 2026
Tottenham benar benar terdesak musim ini. Jika tersingkir, Spurs akan menjadi kelab pertama era big six yang disingkirkan ke Liga Kejuaraan.
Big six merujuk kepaa 6 kelab terbesar di England dari segi pendapatan dan status kewangan. Ianya bukan senario yang bagus untuk kelab seperti Spurs.
Ini kerana mereka memiliki tanggungan yang sangat tinggi, dan sangat mustahak untuk mereka sekurang kurangnya kekal di EPL. Kerana sepatutnya mereka harus mara ke pertandingan Eropah musim hadapan untuk mengimbangi akaun FFP mereka.