Dean Henderson sudah layak digelar legenda hidup Crystal Palace. Dalam dua trofi terakhir kelab itu, Henderson adalah wiranya.

Liverpool gagal mengekalkan kejuaraan Perisai Komuniti Inggeris setelah tewas di tangan Crystal Palace di Wembley.

Aksi Perisai Komuniti menandakan bahawa musim baharu Liga Inggeris bakal bermula tidak lama lagi.

Impak pemain baharu

3 bintang baharu Liverpool terus terlibat dalam sumbangan gol (sama ada gol atau assist) awal The Reds.

Hugo Ekitike hanya memerlukan 4 minit untuk membuka tirai jaringan.

Kombinasi Ekitike dengan seorang lagi pemain baharu, Florian Wirtz – yang mencipta assist – telah membuahkan hasil.

ekitike

Namun Liverpool melepaskan penalti kepada lawan mereka dan disudahkan oleh Jean Phillips Mateta pada minit ke-17.

Tidak lama kemudian, seorang lagi pemain baharu Liverpool, Frimpong mencetak gol kedua menerusi lambungan yang terus masuk pada minit ke-21.

Palace bangkit separuh masa kedua

Prestasi luar biasa Palace pada separuh masa kedua membuatkan Liverpool tidak dapat menghalang mereka.

Palace menyamakan kedudukan pada minit ke-77 menerusi Ismaila Sarr.

Palace berkali kali memberikan masalah kepada Liverpool dan aksi berakhir dengan kedudukan 2-2.

Henderson wira Palace sekali lagi

Pada penentuan sepakan penalti, Liverpool gagal dalam dua penalti pertama mereka.

Mo Salah merembat bola tinggi melepasi palang. Kemudian Mac Allister merembat rendah dan diselamatkan Henderson.

Alisson kemudian menafikan penalti Eze.

Henderson kemudian menyelamatkan penalti Havey Elliot.

Palace mengesahkan kejuaraan Perisai Komuniti dengan kemenangan penalti 3-2.